KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,547 daripada 8,923 permohonan yang diteliti dan dipertimbangkan di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) telah diluluskan membabitkan peruntukan sebanyak RM590 juta, setakat 12 Disember lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, bagi tempoh sama, secara keseluruhannya sebanyak 16,884 permohonan telah diterima bagi SejaTi Madani.