INISIATIF Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik telah meningkatkan penjualan tiket final Piala Malaysia 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC, hingga 60 peratus.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutf Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian secara dalam talian, antaranya motosikal dan skuter elektrik, selain telefon dan jam pintar serta kamera 360 Insta.