< Kembali

6 pencapaian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dikenang sepanjang hayat

Berita
Sinar Harian
11 Hari

Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto Fail Bernama

ALLAHYARHAM Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima (2003–2009), mencatatkan beberapa pencapaian penting sepanjang tempoh pentadbirannya. Berikut adalah antara kejayaan utama beliau:

1. Kemenangan Besar Pilihan Raya 2004 Dalam Pilihan Raya Umum 2004, yang merupakan pilihan raya pertama beliau sebagai Perdana Menteri, Barisan Nasional menang 198 daripada 220 kerusi Parlimen. Kemenangan ini dianggap sebagai mandat besar terhadap kepimpinan beliau dan dasar-dasar yang diperkenalkan, termasuk Islam Hadhari, yang menekankan keserasian Islam dengan pembangunan ekonomi dan teknologi.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan