SIBU – Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, kesemuanya terdiri daripada KK Ba’Kelalan, KK Balai (Bakam), KK Bario, KK Batu Danau, KK Pa’ Dallih dan KK Paloh.