SHAH ALAM – Seramai 565 individu ditahan sejak Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) digunakan sebagai undang-undang prosedur menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuhkan pada tahun 2013.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 368 individu merupakan warga tempatan.