KUALA LUMPUR – Sebanyak 56 ajaran dan fahaman telah difatwakan sebagai sesat serta menyeleweng dari ajaran Islam sebenar di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, antaranya Ajaran Ahmadiah atau Qadiani (2004), Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal (2006), Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau dan Ayah Pin (2007), Syiah (2015), Millah Abraham (2016), Hizbut Tahrir (2018) dan Ajaran Makrifat Mohd Yusof Cik Wook (2022).