SHAH ALAM – Sebanyak 545 penyertaan diterima Malaysian Press Institute (MPI) bagi anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI – Petronas 2024 (HKM 2024) yang akan berlangsung 20 Jun ini di Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail berkata, jumlah itu tertinggi direkodkan pihaknya sejak anugerah berkenaan diperkenalkan pada 1980 dengan mencatatkan kenaikan 12 peratus berbanding 488 penyertaan yang diterima pada tahun lalu.