Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri , sering dilihat memuat naik momen manis anak-anak dan suami, memang nampak sweet sangat. Dengan gaya hidup yang simple tapi classy, ramai ibu muda menjadikan Elfira inspirasi, terutama dari segi keibubapaan.
Elfira yang mesra dengan panggilan El mula yang memulakan karier berlakon sejak usia 12 tahun tentunya ramai yang masih ingat drama bersiri Qalesya yang meningkatkan popularitinya dan beberapa lagi drama lain dan telefilem seperti Senja Permai, Hari Yang Terpinggir dan Hantu Kum-Kum.