Penahanan TikToker yang dikenali sebagai Rayyan Wong semalam oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri telah membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya remaja tersebut.
Penahanan TikToker itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain selepas menerima laporan yang dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai kandungan di TikTok yang katanya, “Bersifat jelit dan dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina Institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi menganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara”.