BUKIT MERTAJAM – Empat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu telah dibangunkan di Parlimen Permatang Pauh, menjadikan keseluruhan 42 pusat itu beroperasi di Pulau Pinang setakat ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, dua daripadanya terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti manakala masing-masing satu di Seberang Jaya dan Pematang Pasir.