Sebagai sebuah negara yang majmuk dan terdiri dari pelbagai kaum, Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah. Sikap saling memahami dan saling menyokong antara satu sama lain membentuk persekitaran yang positif. Tidak kiralah dari segi sukan, hiburan sehinggalah dunia ratu cantik kita meraikan seadanya dan memberi sokongan yang padu.
Tahun 2021 merupakan tahun yang boleh dikatakan cemerlang untuk arena ratu cantik Malaysia apabila ratu-ratu yang dipilih untuk mewakili negara berjaya mencapai kedudukan yang membanggakan sekaligus memahat nama tanah air agar lebih dikenali. Ini adalah empat sosok wanita yang mengibar tinggi bendera Malaysia dengan kecantIkan dan juga kebijaksanaan mereka.