HARIMAU Malaya tampil dengan senarai pemain berbeza apabila pengendali, Peter Cklamovski menyenaraikan empat pemain warisan baharu dalam kesebelasan utama bagi aksi penting Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Dua muka baharu di posisi pertahanan, Facundo Tomas Garces dan Jon Irazabal Iraurgui bakal melakukan penampilan sulung mereka bersama skuad negara dan digandingkan bersama Dion Cools dan Corbin Ong.