SHAH ALAM – Hanya kira-kira empat minit, tetapi tempoh tersebut cukup mendebarkan bagi pengunjung yang merasai sendiri pengalaman masuk ‘Rumah Hantu’ sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang membuka tirai pada Jumaat.
Aktiviti yang menjadi antara tarikan utama karnival itu diserbu pengunjung, khususnya dalam kalangan murid sekolah, yang beratur seawal jam 9 pagi bagi merasai pengalaman menyeramkan yang ditawarkan.