KUALA LUMPUR – Di sebalik belantara konkrit yang menghiasi landskap ibu negara Malaysia ini, terdapat pelbagai tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga, menjadikan Kuala Lumpur antara pilihan utama pelancong domestik pada setiap musim cuti umum atau sekolah.
Kaji selidik terbaharu Klook, penyedia perkhidmatan berkaitan pelancongan dan pengembaraan, bertajuk #KlookDulu Malaysian Travel Preferences 2024’, mendapati lebih separuh rakyat negara ini memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.