MELAKA – Seramai 36 warga Bangladesh yang terpaksa mendiami premis sempit dan kotor sejak 15 hari lalu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini, pada Selasa.
Pengarahnya, Anirwan Fauzee Mohd Aini, berkata, operasi yang dijalankan di kawasan sekitar daerah Melaka Tengah selama empat jam bermula jam 10.30 pagi mendapati warga asing itu ditempatkan di premis berkenaan sebelum dijanjikan akan mendapat pekerjaan.