KUANTAN – Tiga lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, awal pagi Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan melibatkan empat kereta, dua treler dan satu lori itu dilaporkan jam 4.13 pagi.