Bak kata orang, memang tidak mudah untuk mengubah takdir, apatah lagi jika kita mahu bermula dengan keputusan SPM yang sering dipandang rendah oleh masyarakat. Namun, itulah realiti penuh inspirasi dilalui oleh Zul Hakim Zulhaimi, anak muda dari Malaysia yang baru-baru ini meraih perhatian apabila berjaya menamatkan pengajian dalam dua jurusan di Universiti Purdue, Amerika Syarikat dengan kepujian tinggi.
Menerusi sebuah perkongsian MARA USA di Facebook, Zul Hakim difahamkan baru sahaja bergraduasi dalam dua jurusan sekaligus iaitu Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dan Teknologi Kejuruteraan Integrasi Automasi & Sistem.