KUALA LUMPUR – Seramai 2.93 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel melibatkan amaun sebanyak RM6.98 bilion.
Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, daripada jumlah tersebut, purata pengeluaran adalah sebanyak RM2,382.