SEJUMLAH 29 atlet iaitu yang paling ramai, disahkan akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 dari 28 Ogos hingga 8 September, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Beliau berkata, seorang lagi iaitu atlet sukan tenis kerusi roda, juga berkemungkinan akan menyertai temasya sukan empat tahun sekali itu.