KUALA LUMPUR – Seramai 288,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pencarum juga boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa secara sukarela untuk menambah simpanan, tertakluk kepada had tahunan sebanyak RM100,000 setahun mulai 1 Jun, 2023.