Sebut sahaja nama Azhar Sulaiman pasti ramai yang mengenali pelakon kacak ini. Mula menceburi industri seni sekitar tahun 1989, Azhar pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Abang 92. Berbakat sebagai pelakon, aktor ini juga mempunyai kelulusan akademik dalam bidang seni bina dan bergelar arkitek.
Azhar Sulaiman yang berusia 51 tahun merupakan finalis Hero Remaja 1990/1991. Di sebalik kejayaan Azhar, ada seorang wanita bergelar isteri yang sentiasa menyokong perjuangan suami. Tahun ini genap 27 tahun usia perkahwinan Azhar bersama isteri tercinta, Chempaka Emalin Pahamin.