BIDOR – Seramai 24 pengundi di Pusat Mengundi Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pusat pengundian awal di IPD Tapah tetap ditutup secara rasmi jam 12 tengah hari.