GEORGE TOWN – Pesta Pulau Pinang ke-58 berkemungkinan menjadi yang terakhir dianjurkan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini sebelum acara itu berpindah ke lokasi lain pada penganjuran edisi akan datang.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia berikutan sebahagian daripada kawasan itu terlibat dengan projek pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang.