Sebanyak 17 jalan utama di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup atau dilencongkan secara sementara bermula 15 hingga 17 April ini bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam kenyataan memaklumkan bahawa penutupan akan dilakukan secara berperingkat dan melibatkan tempoh antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada pergerakan delegasi dari negara berkenaan.