PUTRAJAYA – Seramai 153,000 kakitangan daripada 34 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bakal menerima gaji kehidupan wajar RM3,100 sebulan hasil komitmen di bawah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF).
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif tersebut merupakan antara pencapaian utama GEAR-uP dalam tempoh kurang setahun pelaksanaannya sejak Ogos 2024, selari dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan membawa reformasi struktur dalam sistem penggajian negara.