Beberapa hari ini buah ‘donut peach’ menjadi sebutan ramai. Ramai yang ingin mencuba merasai sendiri, kemanisan dan kesedapan buah yang cukup viral ini. Selain rasanya, buah ini dikatakan lebih wangi, manis, juicy dan rendang kandungan asidnya, berbanding buah peach biasa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai banyak lagi khasiat lain yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
Namun demikian, bukan semua orang sesuai dan boleh makan buah donut peach ini. Ada yang beri kesan buruk dan hampir meragut nyawa akibat alergi dengan buah ini.