SHAH ALAM – 13 pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Nurul Izzah Anwar untuk menyambung perjuangan reformasi bagi memikul tanggungjawab Timbalan Presiden bagi pemilihan sesi 2025 hingga 2028.
Mereka ialah Ketua Cabang Bandar Tun Razak, Datuk Azman Abidin; Ketua Cabang Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Cabang Putrajaya, Muhammad Fikri Abdul Aziz; Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai; Ketua Cabang Kepong, Neo Wong; Ketua Cabang Titiwangsa, Syed Badli Shah dan Ketua Cabang Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki.