Pelakon remaja Qistina Raisah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi detik menyentuh hati menerima jambangan bunga mawar merah daripada teman lelakinya, Afiq Rosli.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 17, kelihatan sebak dan menitiskan air mata sambil memegang bunga yang diberikan sebagai kejutan.