KOTA BHARU – Seramai 114 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dan seorang lelaki warga India ditahan di Loji Rawatan Air Chicha di sini pada Isnin.
Serbuan bermula jam 2 petang dijalankan pada operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan.