Dalam dunia lelaki moden, penampilan bukan sekadar tentang pakaian atau gaya rambut. Apa yang lebih penting dan sering diabaikan ialah bau badan seseorang. Perfume bukan sahaja berfungsi untuk menutup bau peluh, tetapi ia juga berperanan besar dalam mencipta aura dan meningkatkan keyakinan diri.
Satu semburan yang tepat mampu memberi first impression yang kuat dan berpanjangan. Bagi lelaki yang mahu tampil lebih maskulin, matang dan sofistikated, bauan woody sering menjadi pilihan utama.