< Kembali

10 Idea Laundry Room Ini Bakal Buat Kediaman Anda Lebih Kemas Dan Teratur

Dekorasi
Impiana
1393 Hari

Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju. Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan. Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik? Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian. Selain itu, point lain yang perlu kita ambil kisah ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan. Oleh itu kita perlu lebih peka dan berhati-hati ya. Mari kita lihat 10 idea menarik untuk bilik laundry anda.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan