Tanggal 18 Jun 2023 merupakan hari yang didedikasikan khas buat lelaki yang bergelar sebagai seorang bapa atau ayah. Hari Bapa adalah hari di mana kita semua meraikan, menghargai dan menghormati peranan ayah dalam kehidupan seharian.
Saban tahun Hari Bapa dirayakan pada minggu ketiga bulan Jun setiap tahun di banyak negara, termasuklah Malaysia. Salah satu cara terbaik untuk anda hargai mereka ialah dengan memberikan hadiah yang bukan sahaja membawa erti tersediri tetapi boleh digunakannya setip hari.