Bagi pasangan yang ingin berkahwin, selain daripada persiapan barang hantaran, baju dan pelamin, bunga tangan antara yang sering dititik beratkan dalam acara pernikahan kerana tidak mahu mempelai tampil dengan gaya yang ‘kosong’.
Pemilihan bunga tangan juga adalah penting bagi menaikkan seri pasangan pengantin baru. Untuk menyediakan bunga tangan ini memerlukan kepakaran dan fikiran kreatif bagi menghasilkan sejambak bunga yang menawan. Bukan semua individu memiliki bakat menggubah, jadi biasanya pengantin akan mencari sama ada menerusi pakej baju perkahwinan atau mengupah kenalan yang berkebolehan.