Buat julung kalinya, MASKULIN menerusi Nu Ideaktiv mempersembahkan WHO’S YOUR BRO, rancangan realiti kecergasan penuh adrenalin yang mendefinisikan persaudaraan lelaki!
Menerusi 10 episod mendebarkan, 12 peserta dari pelbagai latar akan berdepan cabaran fizikal dan emosi, menguji kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan pemikiran strategik. Dengan penyingkiran sentiasa menghantui, peserta perlu mengerah segala kekuatan fizikal dan emosi untuk saling menyokong melalui konflik dan ujian.