SHAH ALAM – Platform pendaftaran universiti dalam talian terbesar di Malaysia, Uni Enrol, berkongsi dapatan menarik mengenai kecenderungan bidang pengajian dalam kalangan pelajar Malaysia selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Platform yang dipacu data ini turut menawarkan penyelesaian digital bagi membantu lepasan SPM mencari peluang biasiswa dan laluan pendidikan tinggi yang tepat untuk masa depan.