GEORGE TOWN – Penebusan baucar Buku Madani dilakukan secara dalam talian sepenuhnya bagi mengelakkan isu ketirisan yang pernah berlaku sebelum ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, penebusan baucar boleh dibuat oleh pelajar menerusi pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia’ (DELIMa) dan buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat pelajar.