Tahun hadapan, Apple dijangka akan menggantikan model iPhone Plus dengan Slim. Model ini dikatakan akan menggunakan spesifikasi mercu tetapi untuk penggunaan asas seperti hanya mempunyai satu kamera. Terbaru, ETNews melaporkan yang kesemua iPhone 17 akan dilengkapi dengan skrin OLED LTPO 120Hz.
Sejak tahun 2021, ciri ProMotion untuk skrin disegarkan semula pada kadar 120Hz dihadkan pada model Pro sahaja. Ini kerana, ciri ProMotion Apple memerlukan teknologi LTPO untuk ia berfungsi dengan baik. Bermula tahun 2025 untuk keempat-empat model iPhone 17, Apple akan menggunakan panel OLED LTPO pada kesemuanya. Samsung dan LG dikatakan masih menjadi pembekal setia Apple.