KUALA LUMPUR – Tarif sebanyak 25 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia adalah keputusan Presiden Donald Trump dan bukan hasil daripada proses rundingan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
“Kami telah pun bertanya kepada wakil AS (mengenai tarif 25 peratus, tiada jawapan. Begitu juga, seperti Jepun, persoalannya ialah kenapa (tarif) tiba-tiba naik satu peratus?” katanya pada sidang media khas bagi menjelaskan pendirian serta tindakan susulan Malaysia berhubung pengumuman tarif terbaharu oleh Trump itu.