SHAH ALAM – Isu rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia terus menjadi kebimbangan apabila negara kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 dengan skor 50 mata, sama seperti tahun sebelumnya.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Rasuah Busters Selangor, Zairudin Hashim berkata, kedudukan dan skor yang tidak berubah itu menggambarkan amalan memberi dan menerima rasuah masih berleluasa dalam sektor awam serta dalam kalangan masyarakat umum.