21 Disember lalu, Puteri Nur Aisya yang merupakan anak perempuan kepada pengarah terkenal iaitu Aziz M. Osman dan bekas isteri, Nor Aliah Lee selamat melangsungkan perkahwinan. Diraikan dalam sebuah majlis serba indah dan meriah, Puteri Nur Aisya sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan yang dikenali sebagai Muhammad Hasif.
Menerusi perkongsian di media sosial, pengantin perempuan yang berusia 25 tahun berkenaan tampil cantik berseri dalam persalinan perkahwinan indah rona putih gading.