KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah akan memperkukuhkan haluan baharu menerusi proses rundingan yang lebih membina dengan rakan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Datuk Mustapha Sakmud berkata, PKR Sabah menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri merangkap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keyakinan yang diberikan dalam meneruskan peranan mereka dalam kepimpinan PH Sabah.