Antara konsol mudah alih yang dilancarkan tetapi kemudiannya jatuh tergolek ialah MSI Claw. Pilihan untuk menggunakan cip Intel Core Ultra 7 155H adalah kesilapan pertama kerana prestasinya tidak sebaik AMD Ryzen Z2 yang digunakan oleh konsol mudah alih lain. Di Computex 2025, MSI Claw A8 telah dilancarkan secara rasmi akhirnya dengan cip Ryzen Z2 Extreme.
MSI Claw A8 BZ2EM juga mengekalkan skrin 8″ LCD FHD 120Hz, dilengkapi memori 24GB DDR5, storan 1TB M.2 SSD dan bateri 80 Whr. Sistem operasi masih lagi Windows 11 Home. Pilihan I/O pula adalah 2x USB4 Type-C, 1x bicu audio 3.5 mm, 1x pengimbas cap jari dan 1x pembaca kad microSD. Sistem audio pula terdiri daripada sepasang speaker 2W.