Tak Perlu Belanja Besar! Gigi Putih Cara Jimat & Semula Jadi

Senyuman adalah antara aset paling berharga pada wajah kita.

Tapi, tak lengkap rasanya kalau senyuman kita ‘terhalang’ dengan gigi yang kuning atau kelihatan kusam.

Mungkin ramai yang ingat nak putihkan gigi perlu berhabis ratus-ratus ringgit di klinik pergigian atau spa oral, tapi sebenarnya ada banyak cara semula jadi dan murah yang boleh kita cuba di rumah.

Berus Gigi Secara Konsisten, Dua Kali Sehari

Foto : Harian Metro

Jangan ambil ringan ya. Walaupun kedengaran basic, tapi inilah langkah paling penting.

Gigi perlu diberus sekurang-kurangnya dua kali sehari pada waktu pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur.

Berus gigi bantu buang sisa makanan, bakteria, dan plak yang menjadi punca utama gigi berubah warna.

Nak lebih berkesan? Gunakan ubat gigi yang ada kandungan pemutih semula jadi seperti baking soda atau arang aktif.

Baking Soda, Ejen Pemutih Dari Dapur

Foto : Alodokter

Baking soda bukan sekadar bahan untuk buat kek. Ia juga berfungsi sebagai ejen pemutih gigi semula jadi.

Caranya mudah saja campurkan sedikit baking soda dengan air atau perahkan sedikit jus lemon, sapu atau beruskan perlahan-lahan pada gigi selama seminit dua, kemudian bilas bersih.

Tapi jangan guna setiap hari ya. Cukup 1-2 kali seminggu supaya tidak merosakkan enamel gigi.

Oil Pulling Dengan Minyak Kelapa

Foto : Moms Money

Teknik ni dah lama diamalkan dalam perubatan Ayurveda.

“Oil pulling” ni melibatkan kumur mulut dengan minyak (selalunya minyak kelapa dara) selama 10-15 minit.

Teknik ni bantu buang bakteria dalam mulut dan kurangkan pembentukan plak yang buat gigi kelihatan kuning.

Minyak kelapa juga ada sifat antibakteria, jadi bukan sekadar untuk gigi putih, tapi mulut pun jadi lebih segar!

Elak Minuman Berwarna Gelap (Atau Guna Straw)

Teh, kopi, minuman berkarbonat, dan juga jus berwarna pekat memang sedap, tapi itulah antara punca utama gigi jadi kekuningan.

Kalau tak boleh elak, guna straw bila minum untuk kurangkan sentuhan pada gigi, dan bilas mulut dengan air kosong selepas minum.

Nampak kecil, tapi sangat membantu untuk kekalkan warna gigi yang lebih cerah.

Amalkan Makan Buah & Sayur Rangup

Foto : detikcom

Buah dan sayur yang bertekstur rangup seperti epal, lobak merah, dan timun boleh bantu bersihkan permukaan gigi secara semula jadi.

Ia berfungsi macam ‘berus’ semula jadi yang tolak keluar kotoran dan sisa makanan yang melekat pada gigi.

Selain itu, kunyahan makanan sihat juga merangsang penghasilan air liur yang penting untuk lindungi gigi daripada bakteria.

BACA LAGI : Air Kelapa Tingkatkan Kesuburan Lelaki, Benar Atau Salah?

Minum Air Kosong Secukupnya

Foto : KlikDokter

Air kosong bukan saja penting untuk kesihatan tubuh, tapi juga untuk kesihatan gigi.

Minum air dengan kerap bantu bilas mulut, kurangkan asid dan kotoran yang boleh menyebabkan gigi berubah warna.

Selain itu, air juga bantu kekalkan kelembapan mulut – mulut yang kering cenderung menggalakkan pembiakan bakteria.

Dengan amalan harian yang konsisten dan pilihan makanan/minuman yang betul, anda boleh miliki senyuman yang lebih yakin dan sihat.

Yang penting, sabar dan konsisten. Gigi bukan berubah warna dalam sehari dua, tapi dengan usaha yang betul, hasilnya memang berbaloi.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Baca artikel asal Tak Perlu Belanja Besar! Gigi Putih Cara Jimat & Semula Jadi, diterbitkan oleh Maskulin

Artikel Berkaitan


Artikel Menarik