Hari Yang Bersejarah, Tun M Akhirnya Buka Kapsul Masa Wawasan 2020

Dikurniakan rezeki usia yang panjang, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila membuka semula kapsul masa yang dikenali sebagai Kapsul Masa Wawasan 2020 yang ditanam pada tahun 1996.

Siapa sangka pada usia menjangkau 100 tahun, beliau telah membuka kapsul berkenaan yang ditanamnya sendiri tanam di Menara Kuala Lumpur hampir 30 tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri, tiba di pekarangan Menara Kuala Lumpur pada pukul 11.07 pagi.

“Saya tak menyangka masih boleh lihat barang-barang ini. Saya fikir masa itu saya dah tak ada. Tapi alhamdulillah, saya masih diberi peluang buka, baca dan tengok isi kandungan kapsul ini sendiri. Ini satu perkara yang saya amat syukuri,”

Pengarah Urusan Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB), Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh berkata, kapsul masa berkenaan ditanam pada 1 Oktober 1996 bersempena perasmian Menara Kuala Lumpur dan sepatutnya dibuka pada tahun 2020.

Namun, berikutan pelbagai faktor termasuk pandemik Covid-19, pembukaan kapsul tersebut terpaksa ditangguhkan.

“Kunci kepada kapsul tersebut telah dijaga dengan penuh amanah oleh Ketua Pegawai Operasi MKLSB, Affandi Abdullah, selama lebih 28 tahun, satu simbol dedikasi dalam menjaga warisan negara,” katanya.

Sumber: Kosmo, Sinar Harian

 

Baca artikel asal Hari Yang Bersejarah, Tun M Akhirnya Buka Kapsul Masa Wawasan 2020, diterbitkan oleh Pa&Ma

Artikel Berkaitan


Artikel Menarik