“Selama Ni Aku Diam Je Pasal Apa Kau Buat, Dari Awal Kes Kantoi Aku Dah Lempang Kau Siap Warning Lagi,” – Suami Abby Abadi

Suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria, pernah memberi amaran kepada Ahmad Aslam agar berhenti mengganggu anak tirinya, Marissa Dania sebelum pasangan itu berkahwin secara rahsia di Thailand.

Selain memberi amaran, Faizal atau lebih dikenali sebagai Jai, turut mengakui pernah menampar Aslam dipercayai kerana kurang senang dengan tindakannya sebelum ini.

Selama Ini Pilih Untuk Diam

Bagaimanapun, Faizal tidak mengulas lanjut mengenai tindakan Aslam yang menyebabkan berlakunya insiden terbabit.

“Aslam oh Aslam… Selama ni aku diam je pasal apa kau buat, dari awal kes kantoi aku dah lempang kau siap warning lagi… sampailah kejadian itu. Aku tak nak cerita fasal itu,” kongsinya.

Faizal membuat luahan tersebut menerusi platform sosial, Thread pada Khamis.

Menurutnya lagi, Aslam selama ini berlagak seperti tiada pernah membuat sebarang kesalahan dilakukan.

“Kau sejak kes itu tak pernah ada perkataan minta maaf pun, tak pernah datang berdepan mengaku apa kau buat.

“Yang kau tahu buat-buat ‘macho’ seolah-olah tidak ada kesalahan. Kau memang tak ada tanggungjawab pun. 

“Kau ingat setiap apa yang berlaku boleh hilang macam itu saja ke? Sorry ya tak pernah hilang dalam fikiran aku,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Asalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby, juga menerusi hantaran di Thread.

Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.

Abby dalam satu kenyataan pula menuntut agar Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya Marissa Dania, 20, iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Manakala Marissa pernah memaklumkan mereka kematian anak sulung susulan dia bersalin awal (6 bulan).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Baca artikel asal “Selama Ni Aku Diam Je Pasal Apa Kau Buat, Dari Awal Kes Kantoi Aku Dah Lempang Kau Siap Warning Lagi,” – Suami Abby Abadi, diterbitkan oleh Media Hiburan

Artikel Berkaitan


Artikel Menarik