KUALA TERENGGANU – Pembinaan semula mercu tanda ikonik ‘ALLAH Peliharakanlah Terengganu’ yang terletak di Bukit Besar di sini bakal dilaksanakan tidak lama lagi dengan anggaran kos keseluruhan mencecah RM5 juta.
Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, kerja-kerja perobohan struktur lama telah selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 13 Mei lalu dengan kos sebanyak RM250,000.