PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan pada Khamis menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mencabar perintah berkaitan notis tunjuk sebab kerana menghina Mahkamah Syariah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu sebulat suara.