KUALA LUMPUR – Pihak bekas setiausaha politik kepada mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa, pembelaan akan mengemukakan representasi bagi mengkaji semula tiga pertuduhan menerima suapan RM700,000 yang dihadapinya.
Ia membabitkan dakwaan kes rasuah berkaitan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).