Kalah pengumuman raya. Begitulah gembiranya peminat KRU apabila Icon Entertainment mengumumkan penambahan hari keempat Konsert GENKRU yang menjadikan trio tiga beradik ini mencetak sejarah dalam industri hiburan Malaysia.
Malah pengasas Icon Entertainment, Iman Tang mengucapkan jutaan terima kasihkepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiketkonsert GENKRU hari pertama dan kedua habis dijual dalamdurasi tidak sampai satu jam! Manakala tiket hari ketiga jugasecara rasmi sudah sold out!
“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertamahabis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habisdalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasihsayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasasangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasasICON ENTERTAINMENT.
Oleh itu untuk sebuah ‘hadiah’ dari Icon Entertainment danKRU sendiri, mereka telah sepakat untuk menambah seharilagi menjadikan konsert ini berlangsung secara empat malam.
Melihatkan juga hari Isnin, 12 Mei 2025 merupakan hari cutisempena Hari Wesak ia menambahkan lagi kesesuaian konserthari ke empat dilaksanakan.
Keputusan segera ini dibuat lantaran kedua-dua pihakmendapat terlalu banyak DM (direct message) yang memintamereka untuk menambah sehari lagi konsert pada hari Ahad, 11 Mei 2025.
“Keputusan ini dibuat setelah menimbang tara banyak aspekdan melihatkan hari Isnin merupakan hari cuti dan tidakmenyulitkan peminat, maka kami menambah sehari lagikonsert yang akan berlangsung pada 11 Mei 2025 bersamaanhari Ahad.