KUANTAN – Peniaga di daerah ini tidak akan menaikkan harga makanan walaupun selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji yang melibatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada Jumaat lalu.
Rata-rata peniaga yang ditemui menjelaskan bahawa mereka akan mengekalkan harga makanan seperti biasa sekiranya tiada sebarang peningkatan kos bahan mentah yang ketara.